TARIKH : 1 Jun 2014 bersamaan 14 Syaaban 1436 Hijrah
Masa : Selepas solat Magrib, membaca surah Yaasiin sebanyak 3 kali dan doa. Bacaan sekali diniatkan agar Allah s.w.t lanjutkan usia di dalam kebajikan. Bacaan kali kedua diniatkan agar Allah s.w.t tetapkan iman dan supaya mati dalam keadaan beriman yang sempurna. Bacaan kali ketiga diniatkan agar Allah s.w.t murahkan rezeki yang halal. Bacaan surah Yaasiin dan doa dipimpin oleh Tuan Bilal En Samad bin Ngadunon kerana ketiga-tiga Imam Masjid Bulatan tidak menghadirikan diri mereka. Selepas solat Isyak jamuan diedarkan bermenukan nasi putih, ikan selar masak asam pedas, ikan caru bakar bersumbat kelapa, sambal goreng, sambal belacan, ulam dan ikan kering dengan kos RM 1,440 dibiayai melalui Tabong Pengurusan dan Kebajikan Masjid Bulatan.
PENYERTAAN : Sekitar 90 orang jemaah lelaki dan sekitar 60 orang jemaah wanita hadir dituruti serta juga dengan sekitar 20 orang kanak-kanak
|
Tuan Bilal En Samad bin Ngadunon memimpin bacaan Surah Yaasiin dan doa |
|
Sebahagian daripada jemaah lelaki sedang membaca Surah Yaasiin. Kelihatan sama Tn Hj Kamdi bin Kamil, Pengerusi Masjid Bulatan |
|
Kelihatan sebahagian daripada jemaah wanita sedang membaca Surah Yaasiin dan sebelum itu mereka meniatkan hajat mereka |
|
Sebahagian daripada jemaah wanita yang menjamu selera mereka di serambi menghala ke Jalan Satu |
|
Sebahagian daripada jemaah lelaki sedang menjamu selera mereka di serambi menghala ke Jalan Saudara |
|
Setelah selesai jamuan beberapa orang jemaah mencuci peralatan jamuan, kelihatan En Saparudin dan En Ismail dibantu oleh seorang kanak-kanak mencuci peralatan jamuan. |
No comments:
Post a Comment