SEJARAH

Surau Bulatan asal namanya Madrasah Al-Quran diwujudkan pada tahun 1975. Pada tahun 1980 AJK Madrasah mengambil keputusan menukar nama kepada Madrasah Bulatan kerana nama Bulatan lebih tepat kerana kedudukannya d bulatan 5 batang jalan iaitu Jln Kenangan, Jln Saudara, Jln Satu, Jln Sahabat dan Jln Afiat.


Pada tahun 1985, sekali lgi AJK mendapati perlu menukar nama Madrasah kepada Surau Bulatan kerana sejak tahun 1980 fungsi Madrasah tertumpu kepada solat berjemaah


Surau Jumaat Bulatan, Jalan Saudara, Kg Melayu Majidi, pertama kalinya dibina pada tahun 1975 dengan mengambil nama "MADRASAH AL-QURAN" . Kos pembinaan sebanyak RM 30,000 disumbang oleh penduduk setempat. Bangunan hanya merupakan bangunan separa kekal iaitu dindingnya diikat dengan batu blok, sekira-kira tingginya tiga kaki dan selebihnya daripada papan. Luas lantainya hanya boleh memuatkan kira-kira 120 orang jemaah.

Pada tahun 1980 Jawatankuasa Surau (Madrasah) bersetuju untuk membina semula "Madrasah Al-Quran" kerana asas pembinaan dulu tidak kukuh dan sukar untuk diubahsuai. Pihak Jawatankuasa telah mengadakan pungutan derma dan memperolehi sekitar RM 30,000. Dana tersebut tidak mencukupi dan setelah dimajukan kepada Jabatan Agama Johor, maka pihak Jabatan telah bersetuju untuk membiayai sepenuhnya pembinaan semula "Madrasah Al-Quran" dengan perbelanjaan RM 150,000. Pembinaan semula ini telah dapat memuatkan sekitar 200 orang jemaah.

Dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Surau, Ahli-ahli Mesyuarat mencadangkan supaya nama "Madrasah Al-Quran" ditukar kepada "Surau Bulatan". Pada tahun 1990 sekali lagi pembesaran bangunan Surau dilaksanakan kerana jumlah jemaah telah bertambah terutama apabila ada majlis-majlis yang diadakan di Surau dan di waktu solat tarawih di bulan Ramadan. Aktiviti Biro HELWA memerlukan ruang tambahan, maka dibina ruang tambahan di kiri dan di kanan bangunan. Dan ini menyebabkan peredaran udara tersekat.

Pada bulan Julai tahun 2000 dalam mesyuarat AJK , Ahli Mesyuarat dengan mengambil kira pandangan daripada para jemaah telah mengambil keputusan untuk membina sebuah bangunan Surau yang lebih selesa dan selamat. Pelan bangunan telah direka oleh AHK Arkitek Hanan dengan kos RM 44,296. Anggaran kos membina semula Surau Bulatan ialah RM 900,000. Ahli Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tn Hj Kamdi bin Kamil mula berusaha mengumpul dana bagi pembinaan semula Surau Bulatan. Mereka berjaya mengumpulkan derma daripada orang ramai sebanyak RM 581,000 dan bantuan daripada ICU Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM 50,000.

Pada bulan Mac  2004  Syarikat Hazra Enterprise, Skudai telah dianugerahkan kontrak membina semula Surau Bulatan dengan kos RM 630,000. Pembinaan bermula sekitar bulan Mei 2004 setelah pihak kontraktor siap mendirikan khemah buat menempatkan para jemaah sementara pembinaan sedang dijalankan. Pada bulan September 2005 bangunan Surau Bulatan siap dibina oleh pihak kontraktor tetapi ada beberapa pembinaan belum disempurnakan kerana peruntukan daripada Jabatan Agama Johor belum diluluskan, iaitu sebuah kubah besar dan empat buah kubah kecil belum dipasang. Pada bulan Januari 2006 barulah bangunan yang ada sekarang ini dapat digunakan. Keseluruhan kos membina semula Surau Bulatan ialah RM 825,000 iaitu hampir mencecah jangkaan kos Jawatankuasa Surau Bulatan (RM 900,000).

PENGASAS SURAU JUMAAT BULATAN

Surau Jumaat Bulatan yang bermula dengan Madrasah Al-Quran kemudian berubah kepada Madrasah Bulatan dan kemudian berubah kepada Surau Bulatan dan kemudian berubah kepada Surau Jumaat Bulatan dan in syaa Allah sebelum akhir tahun 2015 ini akan berubah kepada Masjid Bulatan, kami sentiasa mengingati para pengasas Surau Jumaat Bulatan ini dan para jemaah yang terdahulu yang mana sesetengah daripada mereka telah kembali ke rahmatullah. Dua bulan sekali kami akan bacakan tahlil untuk mereka dan berdoa semoga Allah s.w.t cucuri rahmat ke atas roh-roh mereka .

Mereka adalah :


JEMAAH LELAKI

1. Mohd Zin bin Mohamad                                    2. Hj Mahmood bin Husin
3. Hj Buang bin Sarkawi                                       4. Hj Ali bin Talib
5. Hj Alias bin Khalid                                            6. Hj Abu Bakar bin Abdul Samad
7. Hj Ahmad bib Shafie                                        8. Hj Ithnin bin Ma'arof                  
9. Hj Zam bin Abdul Rahman                              10. Hj Abdul Razak bin Mohamad
11. Hj Daeng Ibrahim bin Othman                      12. Hj Abd Rahman bin Ariffin
13. Hj Rafie bin Ahmad                                       14. Hj Mahraj bin Sibon
15. Hj Taha bin Ahmad                                       16. Hj Jonit bin Yasin
17. Hj Yusof bin Hassan                                     18. Hj Abd Aziz bin Hj Abd Hamid
19. Hj Ismail bin Hassan                                     20. Hj Abd Karim bin Aris
21. Hj Mohamad bin Daud                                  22. Hj Abdullah bin Mohd Saleh
23. Hj Ahmad bin Kulyani                                   24. Hj Abd Latif bin Sharif
25. Hj Zainudin bin Omar                                   26. Hj Arbain bin Ibrahim
27. Hj Bahaudin bin Baok                                  28. Hj Abu Talib bin Abd Rahman
29. Hj Asmaon bin Kemat                                  30. Hj Abd Majid bin Nordin
31. Hj Mohd Amin bin Mohd Salleh                   32. Hj Mohd Nor bin Hashim
33. Hashim bin Mohamad                                 34. Mohd Nor bin Kasan
35. Mohd Noh @ Idros bin Ibrahim                   36. Ahmad bin Ismail
37. Ali bin Ya'akob                                            38. Sharif bin Hassan
39. Yusof Lee bin Abdullah                               40. Hj Hassan bin Mohamad
41. Abas bin Mohd Yasin                                  42. Hj Shukor bin Reso
43. Hj Mahmood bin Salleh                               44. Hj Arif bin Hj Husin
45. Abdul Ghani bin Salam                               46. Maskom bin Abd Majid
47. Hj Zakaria bin Mustapha                             48. Hj Buang bin Abdullah
49. Hj Omar bin Hj Ahmad                                50. Sairi bin Mohd Khan
51. Hj Selamat bin Sulaiman                             52. Hj Ngarno bin Mohamad
53. Hj Rahmat bin Mohd Amin                          54. Hj Mohd Naim bin Hj Hasan
55. Hj Samion bin Abd Samad                          56. Hj Ahyari bin Asmon
57. Saad bin Dolah                                            58. Hj Bostam bin Talib
59. Hj Mohd Hafis bin Jaffar                              60. Hj Abu Othman bin Abd Rahman
61. Hj Muzakir bin Karijan                                  62. Hj Abd Hamid bin Sahlan
63. Hj Mohd Amin bin Arif                                  64. Ariff bin Othman
65. Hj Mohd Noh bin Bakar                                66. Hj Ahmad bin Ikhwan
67. Hj Abd Karim bin Bidin                                 68. Hj Umar bin Samin
69. Hj Abd Jalil bin Ali                                        70. Hj Mohamad bin Ibrahim
71. Hj Mahbob bin Ahmad                                 72. Hj Salleh bin Sahari
73. Hj Abd Wahid bin Mohamad                        74. Hj Abdullah bin Nahar
75. Hj Mohd Zin bin Abdul                                 76. Hj Ahmad bin Sadar
77. Hj Jupri bin Ahmad                                      78. Hj Mokhtar bin Awi
79. Hj Misran bin Saiman                                   80. Hj Mohd Noor bin Abd Hamid
81. Hj Mohd Dom bin Suryadi                            82. Hj Ahmad bin Rahmat



 JEMAAH PEREMPUAN

1. Hjh Aminah bt Husin                                  2. Hjh Saripah bt Mion
3. Hjh Salmah bt Hj Mohd Nasir                     4. Hjh Salmiah bt Ibrahim
5. Hjh Suriati bt Abdullah                                6. Hjh Halijah bt Wan Ngah
7. Hjh Hendon bt Mohd Nasir                         8. Fatimah bt Mohamqd
9. Ramlah bt Abd Aziz                                    10. Hawa bt Haron
11. Hjh Zubaidah bt Mohamad                       12. Hjh Salmah bt Kemin
13. Hjh Hawa bt Ibrahim                                 14. Hjh Saodah bt Hj Nor
15. Hjh Zaharah bt Sapawi                             16. Hjh Sukinah bt Karman
17. Hjh Perti bt Othman                                  18. Hjh Mulia bt Alias
19. Hjh Hasnah bt Radin Kasim                      20. Hjh Siti Maumunah bt Melan
21. Hjh Joriah @ Asmah bt Selamat               22. Hjh Seliah bt Kemat
23. Hjh Azizah @ Wok bt Mohd Dom              24. Hjh Roda bt Ali
25. Sh Hasnah bt Syed Bakar


BERMULANYA SURAU JUMAAT BULATAN

Pada tanggal 9 Mac 2011 bersamaan dengan 5 Rabiulakhir 1432 Hijrah pihak Pengurusan Surau Bulatan telah menerima fatwa daripada YB Sohibul Samahah Dato' Mufti Negeri Johor bahwa rayuan AJK Surau Bulatan telah diluluskan melalui surat beliau bil JMJ 351/105/(M)/71 dlm(5) bertarikh 1 Mac 2011 bersamaan 26 Rabiulakhir 1432 Hijrah yang berbunyi : " Surau Bulatan Kg Melayu Majidi, Johor Bahru, Johor diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat sehingga satu pengisytiharaan sebaliknya dilakukan." Maka pada tanggal 25 Mac 2011 berkumamdanglah bacaan khutbah daripada khatib jemputan iaitu Tn Hj Makhadir bin Abdan al-Hafiz, Pen Pegawai Hal Ehwal Islam (Pengurusan Masjid) Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.


Maka semenjak dari tarikh tersebut bermulalah nama Surau Bulatan dikenali sebagai "Surau Jumaat Bulatan"

Berberapa keping gambar kenang-kenangan peristiwa solat Jumaat pertama di Surau Jumaat Bulatan pada tanggal 25 Mac 2011 :



Setelah As Syeikh Hj Mohd Azman bin Mohsin, Kadi Daerah Johor Bahru membuat pengisytiharaan Surau Bulatan diizinkan mendirikan solat Jumaat, watikah pengisytiharan diserahkan kepada YB Tan Sri Dato' Shahrir, Ahli Parlimen Johor Bahru dan kemudiannya diserahkan kepada Tn Hj Kamdi, Pengerusi Surau Jumaat Bulatan


Khatib pertama pada hari itu ialah Tn Hj Makhadzir bin Abdan Al-Hafiz, Pen Pegawai Hal Ehwal Islam (Pengurusan Masjid) Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru


Sebahagian daripada para jemaah yang membanjiri Surau Jumaat Bulatan  bagi melaksanakan solat Jumaat kali pertama. Kelihatan dalam gambar ruang di Tingkatan Satu dipenuhi dengan para jemaah. Pada hari itu tidak kurang dari 600 orang jemaah  bersolat Jumaat di Surau Jumaat Bulatan.


Selesai solat Jumaat didirikan, para jemaah bersalam-salaman. Kelihatan En Sulaiman bin Naim ketika itu bertindak sebagai Bilal tersenyum riang gembira kerana bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas limpah rahmat-Nya Surau Bulatan diizinkan mendirikan solat Jumaat. Kelihatan juga YB Tan Sri Dato' Shahrir riang sama.


Majlis pada tenghari itu diakhiri dengan jamuan untuk para tetamu dan orang ramai. Para tetamu dijamu di Bilik Mesyuarat Surau Jumaat Bulatan. Kelihatan Tn Hj Kamdi menemani YB Tan Sri Dato' Shahrir menjamu selera.


Orang ramai yang hadir di solat Jumaat pada hari itu turut menjamu selera mereka di ruang serambi dan di khemah-khemah yang didirikan di kawasan Surau Jumaat Bulatan. Mana yang tak kesempatan menjamu selera dibekalkan dengan bungkusan nasi ambeng.

SELEPAS SOLAT JUMAAT PERTAMA

Khatib solat Jumaat didatangkan daripada Pejabat Agama Daerah Johor Bahru dua kali Jumaat bagi memberi panduan kepada dua orang imam mukim Surau Jumaat Bulatan iaitu Tn Hj Abdullah bin Ahmad dan Tn Hj Abd Rahman bin Jaffar. Mereka berdua bergilir-gilir menjadi khatib membaca khutbah Jumaat dan seterusnya mengimamkan solat Jumaat. Kemudian sekitar bulan Ogos 2012 dilantik Tn Hj Sulaiman bin Naim, Bilal Surau Jumaat Bulatan sebagai Penolong Imam. Tempat beliau pula dilantik En Ahmad bin Ibrahim sebagai Bilal.

Begitulah perjalanan solat Jumaat di Surau Jumaat Bulatan . Kemudian sekitar bulan Mac 2013 En Samad bin Ngadunon dilantik menjadi Bilal dan dengan itu jumlah Imam tiga orang dan jumlah Bilal juga tiga orang. Sekitar bulan April 2014  Bilal Ahmad bin Ibrahim telah ditamatkan jawatan sebagai Bilal kerana tidak lulus ujian dan temuduga sebagai Bilal. Pada bulan April 2011 pihak Pengurusan Surau Jumaat Bulatan telah melantik seorang Noja bagi mengurus kebersihan kawasan dalaman, bilik air, bilik wuduq dan mengemas ruang solat untuk solat Jumaat. Beliau ialah En Baharom bin Mohamed. Sekitar bulan Mac 2012 dilantik seorang pekerja am untuk membantu kerja-kerja pembersihan di sekitar bangunan Surau Jumaat Bulatn.

Maka pada hari ini (Ogos 2015) ada tujuh orang Pegawai Surau: Tn Hj Abdullah bin Ahmad sebagai Ketua Imam, Tn Hj Sulaiman bin Naim sebagai Timbalan Imam, Tn Hj Abd Rahman bin Jaffar sebgai Penolong Imam, Tn Hj Jaffar bin Sitam sebagai Bilal 1, En Samad bin Ngadunon sebagai Bilal 2, En Baharom bin Mohamed sebagai Noja dan En Saparudin bin Meon sebagai Pekerja Am.


MASJID BULATAN, IN SYAA ALLAH

Setelah setahun Surau Jumaat Bulatan diizinkan mendirikan solat Jumaat, para jemaah menggesa pihak Pengurusan Surau Jumaat Bulatan merayu kepada pihak berwajib agar diberi taraf Masjid kepada Surau Jumaat Bulatan. Pada tanggal 4 Mei 2012 bersamaan dengan 12 J'Akhir 1433 Hijrah pihak Pengurusan telah menghantar surat rayuan (bil SB/PA.09(31)) kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah Johor Bahru agar dimajukan permohonan pihak Pengurusan Surau Jumaat Bulatan kepada YB Sohibul Samahah Dato' Mufti.


Pada tanggal 24 Mei 2012 bersamaan 2 Rejab 1433 Hijrah pihak Pengurusan Surau Jumaat Bulatan telah menerima surat daripada Kadi Daerah Johor Bahru bertarikh 15 Mei 2012 bersamaan 23 J'Akhir 1433 Hijrah (bil ( ) dlm PKDJB 5/1/199 (PMS)) di para 2 : "Sukacita dimaklumkan permohonan Surau Bulatan, Kg Melayu tidak dapat diproses selanjutnya disebabkan belum mencukupi syarat untuk dinaiktarafkan menjadi masjid. Syarat utama surau untuk dinaiktarafkan menjadi Masjid apabila telah mendirikan solat Jumaat melebih Empat (4) tahun berturut."


Dalam Mesyuarat AJK kali Ke Empat 2013 yang diadakan pada 1 Disember 2013, Ahli Mesyuarat telah dimaklumkan bahwa permohonan naik taraf Surau Jumaat Bulatan kepada Masjid hanya akan dihantar kepada Pejabat Agama Daerah Johor Bahru sekitar bulan Mei 2015 setelah cukup tempoh empat tahun lebih yang bermula dari tarikh Surau Jumaat Bulatan diizinkan mendirikan solat Jumaat iaitu pada 25 Mac 2011.


Pada 18 Mei 2015 pihak Pengurusan Surau Jumaat Bulatan telah menyampaikan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi pertimbangan untuk dinaiktarafkan Surau Jumaat Bulatan kepada Masjid Bulatan. Dan sekarang kita tunggu sahajalah perkembangan berikutnya.


Dalam mesyuarat AJK Kali Ketiga yang diadakan pada 13 September 2014, Ahli Mesyuarat telah mengambil keputusan untuk menjemput khatib daripada Pejabat Agama Daerah Johor Bahru menyampaikan khutbah Jumaat sekali dalam sebulan selama empat bulan sebagai persediaan untuk dinaikkan taraf Surau Jumaat Bulatan kepada Masjid Bulatan.  Maka bermula pada 15.12.2014 Imam Suhaimi bin Sarmin , Imam Masjid Jamek Kg Melayu Majidi telah dijemput membaca khutbah Jumaat dan seterusnya setiap bulan hingga bulan Mac 2015 seorang khatib jemputan telah diundang menyampai khutbah Jumaat.




Solat Jumaat pada 15.12.2014 - Imam Hj Suhaimi bin Sarmin, Imam Masjid Jamek Kg Melayu Majidi Johor Bahru



Khatib Solat Jumaat pada 2.1.2015 - YAA Dato Amir bin Hj Danuri- Ketua Hakim Makhamah Syarie Johor


Khatib solat Jumaat pada 20.2.2015 - Ustaz Hj Mohd Zaidi bin Saman, Pen Pegawai Hal Ehwal Agama Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru



Khatib solat Jumaat pada 13.3.2015 - Imam Mohd Syuaib bin Sangkrah - Imam Masjid Taman Cemerlang, Johor Bahru

MASJID BULATAN AKHIRNYA


Pada tanggal 17 Julai 2015 bersamaan dengan 1 Syawal, hari Jumaat seketika sebelum Khatib bertugas Tn Imam Hj Abdullah bin Ahmad naik ke mimbar, Pengerusi Surau Jumaat Bulatan, Tn Hj Kamdi bin Kamil tampil mengumumkan keputusan fatwa oleh Majlis Fatwa Negeri Johor melalui surat daripada YB Sohibul Samahah Dato Hj Mohd Tahrir bin Dato' Hj Samsudin, Mufti Negeri Johor bil JMJ.351/05/(M)/71 dlm (  ) bertarikh 7 Julai 2015 bersamaan dengan 20 Ramadan 1436 Hijrah berbunyi : "...Surau Bulatan, Jalan Saudara, Kg Melayu Majidi, Johor Bahru telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Justru, permohonan surau ini dinaik taraf menjadi sebuah Masjid diluluskan."


Semenjak hari itu, pihak Pengurusan Masjid Bulatan mula mengambil langkah selanjutnya yang sesuai dengan kedudukan sebagai sebuah Masjid. Papan tanda (2 buah) dipesan dan siap dipasang pada tanggal 7 Ogos 2015, Pegawai-pegawai Masjid perlu memperolehi tauliah baru sebagai Pegawai Masjid yang dahulunya mereka diberi tauliah sebagai Pegawai Surau Jumaat Bulatan, maka pada tanggal 11 Ogos 2015 jam 2.30 petang semua Pegawai-pegawai Masjid menghadiri peperiksaan bertulis dan lisan di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.

Pegawai-pegawai Masjid yang dicadangkan oleh pihak Pengurusan Masjid Bulatan ialah : Imam - i. Tn Hj Abdullah bin Ahmad, ii. Tn Hj Sulaiman bin Naim, iii. Tn Hj Abd Rahman bin Jaffar; Bilal - i. En Samad bin Ngadunon, ii. Tn Hj Jaffar bin Sitam, iii. Tn Hj Badarudin bin Alang Ismail, iv. Tn Hj Khurairi bin Hj Ibrahim; Noja- i. En Baharom bin Mohamed.

Maka berakhirlah penantian para jemaah yang bermula pada tahun 1975 sebagai sebuah Madrasah Al-Quran dan dalam tempoh 40 tahun itu pada tanggal 17 Julai 2015 bersamaan 1 Syawal 1436 Hijrah pada hari Jumaat terpahatlah dalam lipatan sejarah MASJID BULATAN, KG MELAYU MAJIDI, JOHOR BAHRU.

Masjid Bulatan, Kg Melayu Majidi telah termasyhur sebelum diluluskan naik taraf  walau pun ketika itu masih bergelar Surau Bulatan, sebagai contoh seorang blogger dengan alamat web nya : www.agoda.com telah menggunakan Masjid Bulatan, Kg Melayu Majidi sebagai "famous landmark" nya bagi mempermosi hotel-hotel di Johor Bahru.


Pada tamggal 17 Ogos 2015 Pengerusi Surau Jumaat Bulatan, Tn Hj Kamdi bin Kamil membacakan fatwa dari Mufti Negeri Johor yang mengisytiharkan Surau Jumaat Bulatan sebagai Masjid Bulatan

Para jemaah yang bersolat Jumaat pada hari itu sedang asyik mendengar pengumuman yang disampaikan oleh Tn Hj Kamdi


Berita mengenai keputusan Majlis Fatwa meluluskan Surau Jumaat Bulatan dinaik taraf kepada Masjid telah diketahui oleh pihak Pengurusan, maka pada tanggal 10 Julai bersamaan dengan 23 Ramadan selepas solat Jumaat pihak Pengurusan Surau Jumaat Bulatan mengagihkan 500 kotak buah kurma kepada para jemaah sebagai tanda kesyukuran yang mana permohonan kami telah dimakbulkan Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment