Pada tahun 2002, Surau Bulatan hanya merupakan sebuah bangunan yang kecil yang hanya mampu memuatkan 150 hingga 160 jemah sahaja.
Pada tahun 2005, Surau Bulatan dibina semula seperti mana yang boleh dilihat ketika ini. Surau Bulatan kini boleh memuatkan sekitar 350 jemaah di tingkat bawah, 150 di ketiga-tiga serambi, sekitar 100 orang di balai serbaguna dan 150 jemaah di tingkat 1, menjadikan kapisiti Surau Jumaat Bulatan seramai 750 orang. Surau ini juga dilengkapi menara azan setinggi 150 kaki. Selain itu juga, Surau Jumaat Bulatan turut dilengkapi tandas dan tempat wuduk bagi jemaah lelaki dan wanita. Tidak ketinggalan juga Balai Penyembelihan yang pastinya sangat memudahkan penduduk untuk melakukan penyembelihan terutama ketika Hari Raya Aidiladha. Di samping itu, stor juga turut disediakan untuk menyimpan barang-barang surau.
|
Balai Memasak disiapkan pada tahun 2014 |
|
Bilik Mesyuarat boleh memuatkan sekitar 30 orang |
|
Papan Tanda Surau Bulatan dilihat dari Jalan Saudara |
|
Balai Penyembelihan |
|
Stor menyimpan barang-barang surau disiapkan pada tahun 2013 |
|
Mimbar dari kayu nyatoh dan merbau dibeli pada tahun 2013 |
|
Karpet di serambi dipasang pada tahun 2013 apabila karpet di ruang utama solat diganti baru |
|
Karpet baru dipasang di ruang utama solat pada tahun 2013 |
|
Bilik Air sentiasa bersih dan dapat penarafan 2 bintang yang dianugerahkan oleh MPJB pada bulan Oktober 2014 |
|
Bilik mengambil wuduq lelaki yang mempunyai 7 kepala paip, jumlah yang sampai di bilik wuduq wanita |
|
Laluang berbumbung dibina pada tahun 2011 bagi memberi ruang tambahan tempat para jemaah solat Jumaat |
|
Balai Memasak dibina pada tahun 2014 dan digunakan sebagai ruang tambahan untuk para jemaah solat Jumaat dan ruang untuk para jemaah mengadakan jamuan. |
|
Pili air untuk mengambil wuduq dibina bersekali dengan Balai Memasak pada tahun 2014 |
|
Alat pendingin udara sebanyak 25 unit dengan setiap satu berkuasa 2.5 hp dipasang di ruang utama solat, di serambi dan di Tingkat Satu dan alat siar raya dipasaang pada tahun 2013 |
|
Panel solar fotovoltaik dipasang di bumbung Balai Memasak dan juga di bumbung Stor dipasang pada bulan Disember 2014
Meja penceramah daripada kayu nyatuh dibeli pada tahun 2009 dan kerusi penceramah pada tahun 204
PENCAPAIAN
Surau Bulatan pernah memenangi Anugerah Surau Cemerlang di peringkat daerah Johor Bahru pada tahun 2002. Kemudian dipertandingkan ke peringkat negeri pada tahun yang sama lalu diiktiraf sebagai Surau Cemerlang Peringkat Negeri Johor.
Pada tahun 2008, Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah memilih Surau Bulatan sebagai Surau Cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru di tempat ketiga.
Pada tahun 2009, sekali lagi Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah memilih Surau Bulatan sebagai Surau Cemerlang di Peringkat Daerah Johor Bahru.
Diharap pada tahun-tahun yang akan datang, Surau Bulatan akan kembali dipilih sebagai Surau Cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru dan Negeri Johor setelah beberapa tahun tidak dipilih. Moga pemilihan tersebut bukan sahaja melihat kepada kemudahan yang terdapat di Surau Bulatan ini tetapi juga dari segi pengisian, jemaah, program dan ukhuwah di antara penduduk setempat dalam membangunkan Surau Bulatan ini.
|
No comments:
Post a Comment