Majlis sambutan malam Israq dan Mikraj Rasulullah s.a.w disambut pada tanggal 15 Mei 2015 bersamaan dengan 26 Rejab 1436 Hijrah. Majlis sambutan dimulakan dengan ceramah israq dan mikraj Rasulullah s.a.w disampaikan oleh Ustaz Firdaus bin Noh, guru agama Maktab Tahfiz Pasir Gudang. Beliau juga merupakan penceramah harian di Surau Jumaat Bulatan iaitu setiap hari Rabu selepas solat Magrib.
Sekitar 120 orang jemaah lelaki hadir dan sekitar 50 orang jemaah wanita turut serta. Ada sebilangan kanak-kanak turut mendengar ceramah yang disampaikan.
Majlis selesai selepas solat Isyak sekitar jam 9.00 mlm yang diakhiri dengan jamuan nasi putih berlaukkan ikan selar masak asam pedas, ikan caru goring besumbat kelapa, sambal goring, ikan kering, sambal belacan dan keropok sayur.
|
USTAZ FIRDAUS BIN NOH SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAH ISRAQ DAN MIKRAJ RASULULLAH S.A.W |
|
SEBAHGIAN DARIPADA JEMAAH LELAKI SEDANG MENDENGAR CERAMAH YANG DISAMPAIKAN OLEH USTAZ FIRDAUS |
|
SEBAHGIAN DARI JEMAAH WANITA SEDANG MENDENGAR CERAMAH USTAZ FIRDAUS |
|
PARA JEMAAH SEDANG MENGAMINKAN DOA YANG DIBACA OLEH TUAN IMAM SELEPAS SOLAT ISYAK |
|
PARA JEMAAH SEDANG MENJAMU SELERA : NASI PUTIH BERLAUKKAN IKAN SELAR MASAK ASAM PEDAS, IKAN CARU GORING SUMBAT KELAPA, SAMBAL GORING, IKAN KERING, KEROPOK SAYUR DAN SAMBAL BELACAN |
|
KAUM WANITA SEDANG MENGHIDANG JAMUAN |
|
PEMANDANGAN SURAU BULATAN KETIKA MAJLIS SAMBUTAN MALAM ISRAQ DAN MIKRAJ RASULULLAH S.A.W |
No comments:
Post a Comment