Majlis khatam al-Quran dalam Program Budaya al-Quran telah dilaksanakan pada tanggal 18 Mei 2015 bersamaan dengan 29 Rejab 1436 Hijrah. Program Budaya Al-Quran bermula sejak Kerajaan Negeri Johor mengarahkan semua Pejabat-pejabat Kerajaan Johor melaksanakan Program Budaya Al-Quran. Malah Program Budaya Al-Quran tidak hanya terlibat di surau-surau mahu pun di masjid-masjid tetapi juga menyeluruh ke Jabatan-jabatan Persekutuan dan sekolah-sekolah.
Di Surau Jumaat Bulatan Program Budaya Al-Quran telah beberapa kali menyempurnkan pusingannya iatu khatam. Sekitar bulan Ogos 2009 setelah khatam pada bulan sebelumnya dimulakan pusingan seterusnya. Ketika itu aktiviti budaya al-quran dipimpin oleh Tn Imam Hj Abdullah bin Ahmad, Imam Surau Bulatan sementara itu terjemahannya dibaca oleh Tn Hj Jaffar bin Sitam, Bilal Surau Bulatan dan Tn Hj A.Hamid bin Abu Hassan, Setiausaha Surau Bulatan. Tn Imam Hj Abdullah akan membaca sepotong ayat kemudian diterjemahkan oleh Tn Bilal atau Tn Setiausaha. Beliau juga akan menerangkan hukum-hukum tajwid. Aktiviti budaya al-quran itu diadakan setiap pagi Jumaat selepas solat Subuh, lazimnya sekali aktiviti itu dibaca sekitar dua muka surat.
Ketika Kerajaan Negeri Johor mengumumkan pada tahun 2014 cuti mingguan di Negeri Johor ialah pada hari Jumaat, maka berpeluanglah Tn Hj Kamdi bin Kamil, Pengerusi Surau Jumaat Bulatan bersama-sama dalam aktiviti budaya al-quran. Beliau telah menambah satu aktiviti lain iaitu berzikir dan berselawat sebelum membaca al-quran dan dengan itu hanya sekitar satu muka surat kitab al-quran dapat dibacakan dan diterjemahkan.
Maka pada tanggal 8 Mei 2015 pada pagi Jumaat itu setelah hampir enam tahun, pusingan tersebut selesai (khatam). Pada tanggal 18 Mei 2015, hari Isnin selepas solat Magrib diadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi pusingan yang bermula pada bulan Ogos 2009. Program Khatam Al-Quran dianjurkan oleh Biro HELWA Surau Jumaat Bulatan bersama-sama dengan Biro Kebajikan, Sosial Dan Kebudayaan dan Biro Pengimarahan Surau. Majlis khatam al-quran dipimpin oleh Tuan Imam Hj Sulaiman bin Naim, Timbalan Imam Surau Jumaat Bulatan.
|
Kelihatan dalam gambar Tn Hj Sulaiman sedang memimpin Majlis Khatam Al-Quran |
|
Kelihatan sebahgian daripada jemaah lelaki di dalam Majlis Khatam Al-Quran |
|
Inilah sebahgian daripada sekitar 40 orang jemaah wanita yang turut serta dalam Majlis Khatam Al-Quran, perhatikan juga deretan pasu bunga pahar yang kemudiannya akan diagihkan kepada para hadirin |
|
Kelihatan Tn Hj Adip sedang membawa sepasu bunga pahar untuk diagihkan kepada para hadirin |
|
Para jemaah lelaki sedang menjamu selera mereka dengan juadah ubi rebus yang disediakan oleh Biro HELWA Surau Bulatan |
|
Gambar di atas memperlihatkan jemaah wanita yang hadir dalam Majlis Khatam Al-Quran sedang menjamu selera mereka |