Monday, 14 March 2016

SOLAT GERHANA MATAHARI

1. Tarikh : 09.03.16, hari Rabu jam 8.00 pg dan berakhir sekitar jam 8.30 pg

2. Tempat : Ruang solat utama Masjid Bulatan

3. Khatib : Tuan Imam Hj Sulaiman bin Naim, Ketua Imam Masjid Bulatan

4. Penyertaan : Sekitar 70 orang jemaah lelaki dan sekitar 18 orang jemaah wanita turut serta 



Jam menunjukkan waktu 7.55 pagi, para jemaah sedang menunggu Khatib memberi arahan kepada Tuan Bilal memanggil jemaah ke saf kerana solat ini tidak ada azan mahu pun iqamah untuk memulakan solat sunat gerhana matahari. Kelihatan yang berbaju kuning ialah Tuan Hj Abdulatif bin Buhairah, Timbalan Pengerusi Masjid Bulatan.


Tuan Imam Hj Sulaiman bertindak sebagai Khatib memberi penerangan kepada para jemaah tentang tatacara mendirikan solat sunat gerhana matahari kerana walaupun didirikan dua rakaat setiap rakaat mengandongi dua kali rukuq dan dua kali iqtidal serta dua kali membaca surah al-Fathihah dan dua kali surah-surah lain dan sujud seperti biasa.


Inilah dia tentera-tentera Allah sedang menghadap ke hadrat Allah s.w.t . Tidaklah ramai yang terpanggil untuk bertasbih kepada Allah s.w.t yang menunjukkan kuasa-Nya ke atas makhluk-makhluk-Nya. Ada sekitar 70 jemaah lelaki yang sesetengahnya sudah memang sedia ada di Masjid Bulatan sejak solat Subuh pagi itu


Inilah dia jemaah lelaki yang khusyuk mendengar khutbah gerhana matahari.


Ini pula kumpulan jemaah wanita berjumlah sekitar 18 orang sedang asyik mendengar khutbah dibacakan oleh Tuan Imam Hj Sulaiman. Mereka sudah memang ada di Masjid sejak solat Subuh lagi.


Seperti lazimnya selepas doa solat dibaca atau selepas tazkhirah para jemaah akan berbaris bersalam-salaman bagi menggambarkan perasaan ukhwah antara mereka.


Inilah dia rupa wajah matahari ketika gerhana. Gambar diambil sekitar jam 7.50 pg.







KURSUS HAJI

1. Tarikh : Setiap hari Sabtu malam Ahad selepas solat Isyak sekitar jam 9.00 mlm sehingga 10.30 mlm. Program selesai setelah 15 siri bimbingan.

2. Tempat : Dewan solat Utama Masjid Bulatan

3. Pembimbing : Ustaz Mohd Hanapi bin Abd Malek, Pegawai Agama di Jabatan Pelajaran Johor bersetuju menjadi pembimbing Kursus Haji di Masjid Bulatan. Beliau telah diberi tauliah oleh Lembaga Tabong Haji untuk memberi ceramah. Beliau juga merupakan penceramah mingguan Masjid Bulatan iaitu setiap hari Rabu minggu kedua dan ke empat selepas solat Magrib.

4. Penyertaan : Pada minggu pertama Program seramai 32 orang lelaki dan 14 orang wanita turut serta

5. Perbelanjaan : Para peserta menyumbang melalui Tabong yang diedarkan sekitar RM 100 seminggu dan pembayaran saguhati kepada pembimbing ialah sebanyak RM 200 seminggu sementara kos-kos lain RM 25 seminggu. Oleh yang demikian perbelanjaan sebulan ialah RM 900 sementara itu sumbangan ialah RM 400, perbezaan sebanyak RM 500 ditampong melalui Tabong Pengurusan Dan Kebajikan.



Kelihatan dalam gambar Ustaz Mohd Hanapi sedang menyampaikan ceramah dalam Kursus Haji

Kelihatan dalam gambar penggunaan LCD yang dipasang kekal di dinding hadapan ruang solat utama. 

KURSUS TAHFIZ AL QURAN UNTUK KANAK-KANAK

1. Tarikh : Setiap pagi Sabtu dari jam 8.30 pg hingga 10.00 pg bermulai pada tanggal 05.03.16.

2. Tempat : Dewan solat kaum wanita

3. Penyertaan : Pada awal program seramai 8 orang kanak-kanak dari usia 8 tahun hingga 12 tahun menyertainya. Kemudian pada tanggal 12.03.16 seramai 6 orang lagi kanak-kanak mengikut program ini.

4. Pembimbing : Imam Masjid Kg Bendahara dan Bilal Masjid Kg Bendahara. Mereka dibayar RM 100 seorang setiap kali pengajaran.

5. Kos Pengurusan.: Sumbangan daripada setiap peserta sebanyak RM 30 seorang sebulan dan dengan 14 orang peserta berjumlah RM 420 sebulan, sementara itu saguhati kepada pembimbing ialah RM 200 setiap minggu dan sebulan berjumlah RM 800. Perbezaan tersebut ditampong oleh Tabong Pengurusan Dan Kebajikan Masjid Bulatan.


Pada awal Program Tahfiz Al-Quran hanya sekitar 8 orang kanak-kanak sahaja turut serta, 6 orang orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan.

LAPORAN KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

1. Tarikh : 20.02.16 hari Sabtu dari jam 8.30 pg hingga jam 12.30 th.

2. Tempat : Ceramah di Dewan Solat Utama dan amali di bahagian solat wanita

3. Penceramah : Tuan Imam Zahid bin Naim, Imam Masjid Taman Pelangi dan dibantu oleh Ustazah Hjh Saadah bte Salehan

4. Penyertaan : Seramai 91 orang terdiri daripada 46 orang lelaki dewasa, 34 orang kaum wanita dan 11 orang kanak-kanak di bawah 15 tahun turut serta.

5. Majlis Penutup : Sijil Penyertaan disampaikan oleh Tn Hj Abdulatif bin Buhairah, Timbalan Pengerusi Masjid Bulatan.

6. Kos Pengurusan : Kos pengurusan program ialah sebanayak RM 1,495 dibiayai melalui Tabong Pengurusan Dan Kebajikan Masjid Bulatan



Kelihatan dalam gambar Tn Hj Adip bin Kamari, Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah sedang menyemak senarai peserta diperhatikan oleh Tn Hj Kassim bin Salam


Kelihatan dalam gambar Tuan Imam Zahid bin Naim, Imam Masjid Taman Pelangi sedang menyampaikan ceramah Pengurusan Jenazah.


Kelihatan dalam gambar sebahagian daripada 46 orang peserta lelaki sedang asyik mendengar ceramah Pengursan Jenazah. Kelihatan, Tuan Imam Hj Abdullah bin Ahmad Imam Masjid Bulatan, En Mohd Yasin bin Long dan Tn Hj Omar bin Hussin


Beginilah nampaknya peserta kaum wanita seramai 34 orang sedang khusyuk mendengar ceramah Pengurusan Jenazah


Penceramah sedang menunjukkan cara-cara mengapankan mayat dengan salah seorang peserta menjadi modelnya. Kaum wanita ditunjukkan oleh Ustazah Hjh Saadah bte Salehan di serambi sebelah Jalan Satu