Monday, 14 March 2016

SOLAT GERHANA MATAHARI

1. Tarikh : 09.03.16, hari Rabu jam 8.00 pg dan berakhir sekitar jam 8.30 pg

2. Tempat : Ruang solat utama Masjid Bulatan

3. Khatib : Tuan Imam Hj Sulaiman bin Naim, Ketua Imam Masjid Bulatan

4. Penyertaan : Sekitar 70 orang jemaah lelaki dan sekitar 18 orang jemaah wanita turut serta 



Jam menunjukkan waktu 7.55 pagi, para jemaah sedang menunggu Khatib memberi arahan kepada Tuan Bilal memanggil jemaah ke saf kerana solat ini tidak ada azan mahu pun iqamah untuk memulakan solat sunat gerhana matahari. Kelihatan yang berbaju kuning ialah Tuan Hj Abdulatif bin Buhairah, Timbalan Pengerusi Masjid Bulatan.


Tuan Imam Hj Sulaiman bertindak sebagai Khatib memberi penerangan kepada para jemaah tentang tatacara mendirikan solat sunat gerhana matahari kerana walaupun didirikan dua rakaat setiap rakaat mengandongi dua kali rukuq dan dua kali iqtidal serta dua kali membaca surah al-Fathihah dan dua kali surah-surah lain dan sujud seperti biasa.


Inilah dia tentera-tentera Allah sedang menghadap ke hadrat Allah s.w.t . Tidaklah ramai yang terpanggil untuk bertasbih kepada Allah s.w.t yang menunjukkan kuasa-Nya ke atas makhluk-makhluk-Nya. Ada sekitar 70 jemaah lelaki yang sesetengahnya sudah memang sedia ada di Masjid Bulatan sejak solat Subuh pagi itu


Inilah dia jemaah lelaki yang khusyuk mendengar khutbah gerhana matahari.


Ini pula kumpulan jemaah wanita berjumlah sekitar 18 orang sedang asyik mendengar khutbah dibacakan oleh Tuan Imam Hj Sulaiman. Mereka sudah memang ada di Masjid sejak solat Subuh lagi.


Seperti lazimnya selepas doa solat dibaca atau selepas tazkhirah para jemaah akan berbaris bersalam-salaman bagi menggambarkan perasaan ukhwah antara mereka.


Inilah dia rupa wajah matahari ketika gerhana. Gambar diambil sekitar jam 7.50 pg.







KURSUS HAJI

1. Tarikh : Setiap hari Sabtu malam Ahad selepas solat Isyak sekitar jam 9.00 mlm sehingga 10.30 mlm. Program selesai setelah 15 siri bimbingan.

2. Tempat : Dewan solat Utama Masjid Bulatan

3. Pembimbing : Ustaz Mohd Hanapi bin Abd Malek, Pegawai Agama di Jabatan Pelajaran Johor bersetuju menjadi pembimbing Kursus Haji di Masjid Bulatan. Beliau telah diberi tauliah oleh Lembaga Tabong Haji untuk memberi ceramah. Beliau juga merupakan penceramah mingguan Masjid Bulatan iaitu setiap hari Rabu minggu kedua dan ke empat selepas solat Magrib.

4. Penyertaan : Pada minggu pertama Program seramai 32 orang lelaki dan 14 orang wanita turut serta

5. Perbelanjaan : Para peserta menyumbang melalui Tabong yang diedarkan sekitar RM 100 seminggu dan pembayaran saguhati kepada pembimbing ialah sebanyak RM 200 seminggu sementara kos-kos lain RM 25 seminggu. Oleh yang demikian perbelanjaan sebulan ialah RM 900 sementara itu sumbangan ialah RM 400, perbezaan sebanyak RM 500 ditampong melalui Tabong Pengurusan Dan Kebajikan.



Kelihatan dalam gambar Ustaz Mohd Hanapi sedang menyampaikan ceramah dalam Kursus Haji

Kelihatan dalam gambar penggunaan LCD yang dipasang kekal di dinding hadapan ruang solat utama. 

KURSUS TAHFIZ AL QURAN UNTUK KANAK-KANAK

1. Tarikh : Setiap pagi Sabtu dari jam 8.30 pg hingga 10.00 pg bermulai pada tanggal 05.03.16.

2. Tempat : Dewan solat kaum wanita

3. Penyertaan : Pada awal program seramai 8 orang kanak-kanak dari usia 8 tahun hingga 12 tahun menyertainya. Kemudian pada tanggal 12.03.16 seramai 6 orang lagi kanak-kanak mengikut program ini.

4. Pembimbing : Imam Masjid Kg Bendahara dan Bilal Masjid Kg Bendahara. Mereka dibayar RM 100 seorang setiap kali pengajaran.

5. Kos Pengurusan.: Sumbangan daripada setiap peserta sebanyak RM 30 seorang sebulan dan dengan 14 orang peserta berjumlah RM 420 sebulan, sementara itu saguhati kepada pembimbing ialah RM 200 setiap minggu dan sebulan berjumlah RM 800. Perbezaan tersebut ditampong oleh Tabong Pengurusan Dan Kebajikan Masjid Bulatan.


Pada awal Program Tahfiz Al-Quran hanya sekitar 8 orang kanak-kanak sahaja turut serta, 6 orang orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan.

LAPORAN KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

1. Tarikh : 20.02.16 hari Sabtu dari jam 8.30 pg hingga jam 12.30 th.

2. Tempat : Ceramah di Dewan Solat Utama dan amali di bahagian solat wanita

3. Penceramah : Tuan Imam Zahid bin Naim, Imam Masjid Taman Pelangi dan dibantu oleh Ustazah Hjh Saadah bte Salehan

4. Penyertaan : Seramai 91 orang terdiri daripada 46 orang lelaki dewasa, 34 orang kaum wanita dan 11 orang kanak-kanak di bawah 15 tahun turut serta.

5. Majlis Penutup : Sijil Penyertaan disampaikan oleh Tn Hj Abdulatif bin Buhairah, Timbalan Pengerusi Masjid Bulatan.

6. Kos Pengurusan : Kos pengurusan program ialah sebanayak RM 1,495 dibiayai melalui Tabong Pengurusan Dan Kebajikan Masjid Bulatan



Kelihatan dalam gambar Tn Hj Adip bin Kamari, Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah sedang menyemak senarai peserta diperhatikan oleh Tn Hj Kassim bin Salam


Kelihatan dalam gambar Tuan Imam Zahid bin Naim, Imam Masjid Taman Pelangi sedang menyampaikan ceramah Pengurusan Jenazah.


Kelihatan dalam gambar sebahagian daripada 46 orang peserta lelaki sedang asyik mendengar ceramah Pengursan Jenazah. Kelihatan, Tuan Imam Hj Abdullah bin Ahmad Imam Masjid Bulatan, En Mohd Yasin bin Long dan Tn Hj Omar bin Hussin


Beginilah nampaknya peserta kaum wanita seramai 34 orang sedang khusyuk mendengar ceramah Pengurusan Jenazah


Penceramah sedang menunjukkan cara-cara mengapankan mayat dengan salah seorang peserta menjadi modelnya. Kaum wanita ditunjukkan oleh Ustazah Hjh Saadah bte Salehan di serambi sebelah Jalan Satu


Wednesday, 27 January 2016

LAPORAN SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL 1437 HIJRAH

1. TARIKH : 16 Januari 2016 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1437 Hijrah, hari Sabtu mulai jam 8.30 pagi hingga 11.00 mlm.

2.AKTIVITI SEBELAH PAGI : 

i. Pertandingan Mewarna Lukisan : Seramai 29 orang kanak-kanak dari Tadika KEMAS Bulatan dan Tadika Al Ummah mengambil bahagian. Pemenanag pertandingan ialah Siti Aisyah bt Azam dari Tadika Kemas Bulatan.

Sebahagian daripada kanak-kanak Tadika sedang
mewarna lukisan

ii. Pertandingan Marhaban : Pertandingan Marhaban, Selawat dan Zikir merupakan acara Biro HELWA Masjid Bulatan. Seramai 13 pasukan dari kariah Kg Melayu Majidi mendaftar dan sebanyak 7 pasukan yang bertanding. Pemenang ialah Kumpulan Barakah.


Salah satu kumpulan wanita yang bertanding Marhaban, Selawat dan Zikir

iii. Perujian Membaca Berzanji : Seramai 5 orang pelajar mendaftar dan 4 orang yang bertanding. Pemenangnya ialah Mohd Luqman bin Sapuan dari SK Mohd Khair Johari.


Salah seorang pelajar sedang membaca berzanji

iv. Pertandingan Melaungkan Azan : Seramai 15 orang pelajar mengambil bahagian. Pemenangnya ialah Muhammad Nazrul bin A.Rahman dari SMAQD.


Salah seorang peserta sedang melaungkan azan

v. Pertandingan Menggubah Bunga Pahar : 7 kumpulan dari Biro HELWA Masjid Bulatan bertanding dan pemenangnya ialah Kumpulan Biro Kebersihan.


Gubahan Bunga Pahar sedang diadili

3. Aktiviti Sebelah Petang

i. Ceramah Untuk Kaum Wanita : Ceramah disampaikan oleh Ustazah Kasmah bt Ayub, Pegawai Pendidikan Islam dari Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru. Sebelum itu bacaan ayat-ayat suci al Quran diperdengarkan oleh Ustazah Nur Hafni bt Salleh, Pegawai Penyelidik dari Yayasan Warisan Johor.


Ustazah Nur Hafni sedang membaca ayat-ayat al-Quran


Ustazah Kasmah bt Ayub sedang menyampaikan ceramah

ii. Aktiviti Kaum Lelaki : Sekitar jam 5 ptg kira-kira 25 orang jemaah lelaki mengambil bahagian dalam bacaan berzanji, bertahlil dan marhaban.


Sebahagian daripada 25 orang jemaah lelaki membaca berzanji, marhaban dan bertahlil

4. Aktiviti Sebelah Malam :

i. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat al Quran oleh Tuan Imam Muhammad Syuib bin Sangkarah, Imam Masjid Taman Desa Cemerlang dan setelah itu ucapan alu-aluan oleh Tn Hj Kamdi bin Kamil, Pengerusi Masjid Bulatan.


Tn Hj Kamdi, Pengerusi Masjid Bulatan sedang menyampaikan kata-kata aluannya

ii. Ceramah Utama disampaikan oleh YBhg Dato' Ustaz Hj Zamihan bin Mat Zin, Penolong Setiausaha Kanan (Pegawai Hal Ehwal Islam) Kementerian Dalam Negeri. Majlis selesai sekitar 11.00 malam


YBhg Dato' Ustaz Hj Zamihan sedang menyampaikan ceramah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Masjid Bulatan Tahun 1437 Hijrah
Sebahagian daripada sekitar 150 orang kaum wanita yang hadir di malam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437 Hijrah
Sebahagian daripada sekitar 250 orang jemaah lelaki yang hadir di malam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Masjid Bulatan


Di antara tetamu yang hadir, YB Tan Sri Dato' Shahrir bin Abdul Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru
5. Sumbangan :

i. Orang ramai telah menyumbang sebanyak RM 19,878 dan perbelanjaan sebanyak RM 19,538.

ii. Selain dari sumbangan berbentuk wang tunai, Tn Hj Mohd Johar bin Arif, jemaah Masjid Bulatan telah meminjamkan dua buah khemah, menyumbang 100 kg daging dan beras Bismathi 100 kg.


Memasak juadah jamuan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1437 Hijrah di Masjid Bulatan secara gotong royong

Sebahagian daripada tetamu wanita yang menjamu selera nasi beryani berlaukkan daging masak kormak, ayam masak merah, delca dan kambing masak kromak

Sebahagian daripada tetamu lelaki sedang menikmati juadah pada malam tersebut.



Kelihatan Tn Imam Hj Sulaiman sedang melayan tetamu. Kelihatan di hadapan sekali YBhg Dato' Ustaz Hj Zamihan sedang berkata sesuatu kepada Tn Hj Kamdi (terlindung berbaju hijau)
























Monday, 11 January 2016

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437 HIJRAH

1. Tarikh : 16 Januari 2016 bersamaan dengan 6 R'Akhir 1437 Hijrah

2. Hari / Masa : Sabtu dari jam 8.00 pg hingga 10.30 mlm

3. Tempat : Masjid Bulatan, Jalan Saudara, Kg Melayu Majidi

4. Aturcara : 
4.1. : 8.30 pg - 12.00 th : 
i. Pertandingan marhaban kaum wanita
ii. Pertandingan merwana lukisan untuk kanak-kanakTADIKA iii. Pertandingan bercerita Sirah Rasulullah s.a.w untuk pelajar Sek Ren                                            
iv. Pertandingan mengumandangkan adzan untuk pelajar
Sek Ren dan Sek Men.  
v. Perujian membaca Berzanji untuk pelajar Sek Ren dan Sek Men
vi. Pertandingan menggubah bunga pahar
vi. JAMUAN NASI BERYANI TIMBUS ALA MASJID BULATAN UNTUK SEMUA YANG HADIR

4.2. : 2.00 ptg - 4.30 ptg (Untuk kaum wanita)
i. Bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh qariah jemputan
ii. Ceramah disampaikan oleh : Ustazah Kasmah bt Ayub, Pegawai Pendidikan Islam, Daerah Johor Bahru
iii. JAMUAN NASI BERYANI TIMBUS ALA MASJID BULATAN UNTUK SEMUA YANG HADIR

4.3. : 5.30 ptg - 6.30 ptg (Untuk kaum lelaki)
i. Bacaan Surah Yaasiin
ii. Tahlil
iii. Membaca Rawi dan marhaban
iv.JAMUAN NASI BERYANI TIMBUS ALA MASJID BULATAN UNTUK SEMUA YANG HADIR

4.4. : 7.30 mlm - 10.30 mlm (Untuk semua)
i. Solat Magrib
ii. JAMUAN NASI BERYANI TIMBUS ALA MASJID BULATAN UNTUK SEMUA YANG HADIR
iii. Solat Isyak
iv. Bacaan ayat-ayat suci oleh Tuan Imam Mohd Shuib bin Sangkarah, Imam Masjid Desa Cemerlang
v. Ucapan alu-aluan oleh Tn Hj Kamdi bin Kamil, Pengerusi Masjid Bulatan
vi. Ceramah disampaikan oleh YBhg Dato Hj Zamihan bin Hj Mat Zin, Penolong Setiausaha Kanan (Pegawai Hal Ehwal Islam, Kementerian Dalam Negeri
vii. Bersurai sekitar 11.00 mlm.

5. Semua dijemput hadir, datanglah beramai-ramai, bawa bersama ahli keluarga dan pilihlah masa-masa yang berkesesuaian dengan tuan-tuan dan puan-puan atau boleh datang di ketiga-tiga sesi sambutan.

6. Peristiwa-peristiwa sambutan Tahun 1436 Hijrah (2015) :