1. TARIKH : 16 Januari 2016 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1437 Hijrah, hari Sabtu mulai jam 8.30 pagi hingga 11.00 mlm.
2.AKTIVITI SEBELAH PAGI :
i. Pertandingan Mewarna Lukisan : Seramai 29 orang kanak-kanak dari Tadika KEMAS Bulatan dan Tadika Al Ummah mengambil bahagian. Pemenanag pertandingan ialah Siti Aisyah bt Azam dari Tadika Kemas Bulatan.
|
Sebahagian daripada kanak-kanak Tadika sedang mewarna lukisan |
ii. Pertandingan Marhaban : Pertandingan Marhaban, Selawat dan Zikir merupakan acara Biro HELWA Masjid Bulatan. Seramai 13 pasukan dari kariah Kg Melayu Majidi mendaftar dan sebanyak 7 pasukan yang bertanding. Pemenang ialah Kumpulan Barakah.
|
Salah satu kumpulan wanita yang bertanding Marhaban, Selawat dan Zikir |
iii. Perujian Membaca Berzanji : Seramai 5 orang pelajar mendaftar dan 4 orang yang bertanding. Pemenangnya ialah Mohd Luqman bin Sapuan dari SK Mohd Khair Johari.
|
Salah seorang pelajar sedang membaca berzanji |
iv. Pertandingan Melaungkan Azan : Seramai 15 orang pelajar mengambil bahagian. Pemenangnya ialah Muhammad Nazrul bin A.Rahman dari SMAQD.
|
Salah seorang peserta sedang melaungkan azan |
v. Pertandingan Menggubah Bunga Pahar : 7 kumpulan dari Biro HELWA Masjid Bulatan bertanding dan pemenangnya ialah Kumpulan Biro Kebersihan.
|
Gubahan Bunga Pahar sedang diadili |
3. Aktiviti Sebelah Petang
i. Ceramah Untuk Kaum Wanita : Ceramah disampaikan oleh Ustazah Kasmah bt Ayub, Pegawai Pendidikan Islam dari Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru. Sebelum itu bacaan ayat-ayat suci al Quran diperdengarkan oleh Ustazah Nur Hafni bt Salleh, Pegawai Penyelidik dari Yayasan Warisan Johor.
|
Ustazah Nur Hafni sedang membaca ayat-ayat al-Quran |
|
Ustazah Kasmah bt Ayub sedang menyampaikan ceramah |
ii. Aktiviti Kaum Lelaki : Sekitar jam 5 ptg kira-kira 25 orang jemaah lelaki mengambil bahagian dalam bacaan berzanji, bertahlil dan marhaban.
|
Sebahagian daripada 25 orang jemaah lelaki membaca berzanji, marhaban dan bertahlil |
4. Aktiviti Sebelah Malam :
i. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat al Quran oleh Tuan Imam Muhammad Syuib bin Sangkarah, Imam Masjid Taman Desa Cemerlang dan setelah itu ucapan alu-aluan oleh Tn Hj Kamdi bin Kamil, Pengerusi Masjid Bulatan.
|
Tn Hj Kamdi, Pengerusi Masjid Bulatan sedang menyampaikan kata-kata aluannya |
ii. Ceramah Utama disampaikan oleh YBhg Dato' Ustaz Hj Zamihan bin Mat Zin, Penolong Setiausaha Kanan (Pegawai Hal Ehwal Islam) Kementerian Dalam Negeri. Majlis selesai sekitar 11.00 malam
|
YBhg Dato' Ustaz Hj Zamihan sedang menyampaikan ceramah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Masjid Bulatan Tahun 1437 Hijrah |
|
Sebahagian daripada sekitar 150 orang kaum wanita yang hadir di malam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437 Hijrah |
|
Sebahagian daripada sekitar 250 orang jemaah lelaki yang hadir di malam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Masjid Bulatan |
|
Di antara tetamu yang hadir, YB Tan Sri Dato' Shahrir bin Abdul Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru |
5. Sumbangan :
i. Orang ramai telah menyumbang sebanyak RM 19,878 dan perbelanjaan sebanyak RM 19,538.
ii. Selain dari sumbangan berbentuk wang tunai, Tn Hj Mohd Johar bin Arif, jemaah Masjid Bulatan telah meminjamkan dua buah khemah, menyumbang 100 kg daging dan beras Bismathi 100 kg.
|
Memasak juadah jamuan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1437 Hijrah di Masjid Bulatan secara gotong royong |
|
Sebahagian daripada tetamu wanita yang menjamu selera nasi beryani berlaukkan daging masak kormak, ayam masak merah, delca dan kambing masak kromak |
|
Sebahagian daripada tetamu lelaki sedang menikmati juadah pada malam tersebut. |
|
Kelihatan Tn Imam Hj Sulaiman sedang melayan tetamu. Kelihatan di hadapan sekali YBhg Dato' Ustaz Hj Zamihan sedang berkata sesuatu kepada Tn Hj Kamdi (terlindung berbaju hijau) |